Berita

Aminuddin lancar buku Pelan Anti Rasuah SAINS

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah melancarkan buku Pelan Anti Rasuah Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) 2024-2028.

Aminuddin berkata, pelancaran buku ini adalah sebagai komitmen SAINS untuk memerangai gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

“Pelan ini juga adalah penting bagi memastikan SAINS dapat mencapai misi menjadi sebuah syarikat yang sifar rasuah.

“Di samping itu ia dapat membantu menangani isu tadbir urus, integriti dan antirasuah secara holistik.

“Saya berharap agar seluruh warga kerja SAINS sentiasa berwaspada dan menjaga amanah yang berat ini,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button