Berita

Aminuddin beri sokongan empat anak Negeri Sembilan dalam pertandingan hafazan

SEREMBAN : Seramai empat peserta hafazan dari Negeri Sembilan bakal berentap dalam acara hafazan pada Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Terengganu hari ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun menerusi hantaran di media sosial memaklumkan penyertaan wakil negeri itu serta menzahirkan sokongan penuh terhadap mereka.

Beliau turut mendoakan agar kesemua peserta yang mewakili Negeri Sembilan mampu memberikan persembahan terbaik dan seterusnya mengharumkan nama negeri di pentas kebangsaan.

“Saya doakan perjuangan anak-anak Negeri Sembilan di Terengganu kali ini akan mencapai kejayaan yang terbaik,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai boleh mengikuti majlis berprestij tersebut secara siaran langsung menerusi saluran TV AlHijrah serta platform media sosial rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Siaran langsung dijadualkan bermula jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari bagi sesi pagi manakala sesi petang pula akan berlangsung dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Show More

Related Articles

Back to top button