BeritaMenarik

Aminuddin kekal di Sikamat, Ismail pertahankan Labu

Tiga muka baharu

SIKAMAT: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun kekal bertanding di DUN Sikamat pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN-15) pada 12 Ogos ini.

Manakala Dato’ Ismail Ahmad akan mempertahankan DUN Labu yang disandangnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sejak PRU-14 (2018).

Presiden KeADILan, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam majlis pengumuman calon di Shah Alam sebentar tadi turut mengumumkan bekas calon KeADILan PRU-13 (2013), Puan Tengku Zamrah Tengku Sulaiman sebagai calon di DUN Ampangan.

Tiga muka baharu turut diumumkan iaitu Encik Dr.Raja Sekaran (Sri Tanjung), Encik Yew Boon Lai (Chuah) dan Puan Norzunita Begum (Pilah).

Show More

Related Articles

Back to top button