BeritaMenarik

Aminuddin mohon pengundi beri sokongan kepada PH dan BN

SHAH ALAM: Pengundi di enam negeri disarankan memberi sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN-15) pada 12 Ogos ini.

Naib Presiden KeADILan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, beliau merayu dan memohon kepada pengundi memberi sokongan dan dokongan kepada PH dan BN di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Kali pertama jadi kerajaan (PH di Negeri Sembilan) banyak dugaan dan cabaran.

“Menghadapi pandemik Covid-19 selama dua tahun. Langkah Sheraton lagi.

“Ramai yang kata Negeri Sembilan juga akan jatuh seperti negeri lain.

“Atas doa dan semangat ahli serta penyokong Pakatan Harapan, kita mampu bertahan lima tahun,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata, dalam tempoh lima tahun pentadbiran Kerajaan Negeri, 97 peratus manifesto PH Negeri Sembilan pada PRU-14 telah dilaksana.

“Keutamaan kita adalah rakyat, pembelaan kepada masyarakat yang memerlukan.

“Isu melibatkan pelajar, sekolah, tanah, perumahan, masjid, rumah ibadat dan lain-lain diselesaikan.

“Hubungan baik dengan BN-Umno juga dilihat dapat membantu kita dalam PRN ini.

“Kesungguhan kita (PH dan BN) harus memastikan kemenangan pada PRN kali ini,” jelas Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Pengumuman Calon KeADILan di Shah Alam sebentar tadi.

Show More

Related Articles

Back to top button