Berita

Aminuddin lawat Eko Rimba Jeram Toi

KLAWANG: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah turun padang melawat Taman Eko Rimba Jeram Toi.

Aminuddin berkata, tapak rekreasi tersebut sedang giat dibangunkan semula untuk kegunaan rakyat di Negeri Sembilan khususnya.

“Kawasan tempat letak kereta dahulu telah dinaik taraf.

“Para pengunjung turut disajikan dengan alam sekitar yang memukau serta kawasan sungai yang boleh digunakan oleh para pengunjung untuk mandi bersama ahli keluarga.

“Di sini juga terdapat trek pendakian yang akan dibuka kepada orang awam tidak lama lagi.

“Kepada pengunjung di luar sana yang boleh mengikuti perkembangan semasa menerusi laman ‘Facebook’ Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan bagi info terkini,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button