BeritaMenarik

Aminuddin mahu JHEAINS pantau sekolah pondok dan tahfiz

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menjalankan pemantauan ke atas semua sekolah pondok dan tahfiz di negeri ini.

“Saya berharap pemantauan ini dijalankan dari semasa ke semasa, khususnya sekolah yang bukan beraliran perdana.

“Tidak kira tahfiz atau madrasah, walaupun berdaftar, pemantauan itu perlu ada daripada jabatan berkaitan.

“Contohnya sekiranya institusi pendidikan itu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan maka Jabatan Pendidikan harus memantau.

“Kalau berdaftar dengan JHEAINS, maka JHEAINS perlu memantau sekolah tersebut,” jelas Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button