Berita

Aminuddin rasmi Karnival Deepavali 2023

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah merasmikan Karnival Deepavali 2023 di Taman AST, Seremban.

Aminuddin berkata, Karnival Deepavali kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran sebanyak 150 peniaga tempatan.

“Kos yang dikenakan kepada mereka juga merupakan antara terendah berbanding neger-negeri jiran kita.

“Kerajaan Negeri amat menyokong aktiviti sebegini bagi memupuk keharmonian rakyat berbilang bangsa.

“Hal ini supaya dapat menguatkan semangat perpaduan dalam diri kita.

“Saya juga yakin bahawa rakyat Negeri Sembilan adalah rakyat yang suka agenda perpaduan dan menolak perpecahan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button