Berita

Aminuddin sokong PLKN diadakan semula

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyokong bahawa Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diadakan semula.

Aminuddin berkata, program ini sudah tentu dapat menanamkan semangat jati diri dalam kalangan rakyat Negeri Sembilan khususnya dan Malaysia amnya.

“Program ini juga adalah baik kerana jika kita melihat badan beruniform di sekolah merupakan persatuan paling ramai yang diminati oleh para pelajar.

“Oleh itu, sekiranya para pelajar yang baru sahaja menamatkan persekolahan mendapatkan pendedahan dalam program ini sudah tentu mereka dapat merasai menjadi seperti seorang anggota tentera.

“Secara tidak langsung juga akan membantu menanam rasa cinta akan negeri dan negara mereka.

“Tambahan pula program kali ini akan diadakan di kem latihan tentera dan PULAPOL yang mempunyai fasiliti yang lebih baik daripada sebelum ini,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di sidang media Persidangan Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button