Berita
Aminuddin sumbang RM50,000 kepada Surau Kompleks Belia Sukan Paroi
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato Seri Aminuddin Harun telah memberi sumbangan kewangan sebanyak RM50,000 kepada surau Kompleks Belia Sukan Paroi (KOMBES).
Aminuddin berkata, sumbangan tersebut bertujuan membantu Ahli Jawatankuasa Surau bagi proses baik pulih bumbung.
“Ini disebabkan terdapat kerosakan pada bahagian yang menyebabkan kebocoran berlaku apabila hari hujan.
“Semoga sumbangan yang diberikan dapat membantu pihak surau dan memberi manfaat kepada jemaah yang hadir,” ujar Aminuddin.