Berita
Ibu kurang kemampuan disantuni Gunasekaren
SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menyampaikan sumbangan susu tepung dan lampin pakai buang kepada Puan Normaziana Amir.
“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak membantu Puan Normaziana yang mempunyai dua anak kecil,” katanya.
Sementara itu Gunasekaran juga menyampaikan sumbangan kewangan kepada Encik Muthu Sinniah bagi penganjuran pertandingan nyanyian lagu anjuran Trillion Star Arts.