Berita

1,021 atlet sertai MSSN kali ke-63

SEREMBAN: Seramai 1,021 atlet dan 300 orang pegawai telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Negeri kali ke-63 yang bertempat di Negeri Sembilan tahun ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, acara sebegini dapat mengenal pasti bakat-bakat baharu yang ada dalam kalangan murid.

“Ia secara tidak langsung mampu menjadi pelapis atlet sukan negara kita pada masa akan datang.

“Aktiviti sukan ini juga menjadikan seseorang murid itu mengikut peraturan kerana ia memerlukan mereka menjadi berdisiplin dan bertanggungjawab.

“Saya berharap agar mereka yang mengambil bahagian pada Kejohanan MSSN kali ini dapat memupuk nilai positif dalam diri mereka dan menjadi insan yang berkualiti.

“Saya juga ingin menasihatkan semua peserta supaya mempamerkan semangat kesukanan dalam acara yang dipertandingkan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button