Berita
Aminuddin terima kunjungan hormat Menteri Komunikasi dan Digital
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah menerima kunjungan hormat daripada Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil, di Pejabat MVV, Menara MAINS pada Khamis.
“Kami membincangkan mengenai perkembangan teknologi yang pesat dan capaian internet fibre optik yang kini meluas di sekitar Negeri Sembilan.
“Terima kasih saya ucapkan kepada YB Fahmi Fadzil atas kunjungan ini.
“Semoga perkara yang dibincangkan dapat diteruskan dan adaptasi teknologi terkini kian maju ke hadapan, Insyah Allah,” kata Aminuddin.