BeritaMenarik

Masalah pembeli rumah Bandar Tasik Senangin sejak 20 tahun diselesaikan

EKSKLUSIF: Masalah yang membebankan pembeli projek perumahan Bandar Tasik Senangin sejak 20 tahun lalu telah diselesaikan oleh Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, YB Ustaz Suhaimi Kassim.

“Di DUN Lenggeng ada satu kawasan perumahan yang dipanggil Bandar Tasik Senangin (dahulu Bandar Akademia).

“Pembangunan infrastruktur di sini sangat lambat walaupun projek taman perumahan ini telah dimulakan lebih 20 tahun lalu.

“Penduduk yang telah membeli rumah tidak dapat menduduki rumah mereka kerana tiada kemudahan asas seperti bekalan elektrik, talian komunikasi (telefon) dan perkhidmatan kutipan sampah.

“Di dalam masa yang sama, para pembeli rumah tetap perlu membayar pinjaman kepada pihak bank. Ini sangat membebankan pembeli rumah di sini,” jelas Suhaimi.

Suhaimi berkata, selepas Pakatan Harapan menang dan mengambil alih Kerajaan Negeri, saya telah selesaikan masalah kemudahan asas di taman perumahan ini.

“Ketika itu hanya ada 350 rumah sahaja yang didiami di taman perumahan ini.

“Alhamdulillah, ianya telah mencapai hampir 3,000 rumah. Jika siap sepenuhnya ianya boleh menampung 6,000 rumah.

“Apabila Pakatan Harapan mentadbir Kerajaan Negeri Sembilan, perubahan ketara dapat dilihat di Bandar Tasik Senangin yang berkeluasan 1,900 ekar.

“Kerajaan Negeri juga telah menurap semula jalan raya di Bandar Tasik Senangin dengan kos hampir RM19 juta,” jelas Suhaimi lagi.

Suhaimi memenangi kerusi DUN Lenggeng pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dengan menewaskan pencabarnya Mazalan Maarop (BN) dan Mohammad Ghazali Abu Bakar (PAS) dengan majoriti 986 undi.

Show More

Related Articles

Back to top button