Berita

28 pelajar IPT terima Insentif Kecemerlangan IPT

PAROI: ADUN Paroi, YB Dato’ Mohamad Taufek Abdul Ghani menyerahkan Insentif Kecemerlangan Institut Pengajian Tinggi (IPT) kepada 28 pelajar yang bakal mendaftar diri di IPT tempatan tidak lama lagi.

Mohamad Taufek berkata, pelajar yang melanjutkan pengajian peringkat Ijazah menerima RM1,000, Diploma RM750 dan Sijil RM500.

“Insentif ini diharapkan dapat menampung perbelanjaan awal pelajar yang memasuki IPT.

“Ilmu umpama penyuluh kehidupan, gunakanlah sebaik-baiknya. Jangan kita sia-siakan ilmu pengetahuan untuk perkara yang tidak mendatangkan faedah.

“Kerajaan Negeri telah memberi peruntukkan untuk anak kelahiran Negeri Sembilan yang menyambung pelajaran dan pelbagai lagi inisiatif untuk meringankan lagi kos tanggungan kepada keluarga B40,” kata Taufek.

Mohamad Taufek berkata, pemohon mestilah anak Negeri Sembilan dan setiap pelajar yang ditawarkan belajar di IPT dalam negara, bolehlah memohon mengikut syarat-syarat berkenaan.

“Borang permohonan yang lengkap dan disahkan hendaklah dihantar ke Pusat Khidmat Rakyat DUN Paroi untuk tujuan proses permohonan,” jelas Mohamad Taufek.

Show More

Related Articles

Back to top button