LABU: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata bahawa Kerajaan Negeri akan terus menjaga kebajikan golongan belia di negeri ini.
“Anak muda yakinlah, peluang pekerjaan, pelaburan untuk anda semua kami jaga.
“Kita akan sediakan semuanya di dalam Negeri Sembilan tanpa perlu keluar daripada negeri ini.
“Selepas ini tidak perlu bangun pagi bawa motosikal ke Lembah Klang bekerja.
“Anda hanya perlu berada di sekitar negeri ini sahaja.
“Insya Allah, perkara ini akan dapat dirasai dalam masa setahun dua sahaja lgai.
“Ini yang kita janji dan sudah dibuktikan.
“Ini juga adalah janji Pakatan Harapan dan Barisan Nasional apabila menerajui negeri ini selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini,” kata Aminuddin.