Berita

‘Anak Smart, Ibu Bapa Hebat’

SENAWANG: Seramai 150 orang asnaf Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah mengikuti program ‘Anak Smart Ibu Bapa Hebat’ sempena penyampaian bantuan persekolahan yang disempurnakan oleh Setiausaha MAINS, Zainal Said bertempat di Casa Lagenda Convention Centre Senawang.

Program dimulakan dengan slot ceramah yang disampaikan oleh Pakar Motivasi Kekeluargaan, Mohd. Fairuz Abu bertujuan memperkasa peranan ibu bapa dalam membentuk perkembangan anak-anak yang seimbang dari segi intelek, emosi dan sahsiah dengan zaman moden.

Turut diadakan penyampaian bantuan kepada golongan B40 berupa set barangan dapur melalui dana fidyah MAINS.

Para asnaf yang hadir turut menerima bantuan saguhati tambahan.

Turut hadir, Pegawai MAINS Cawangan Senawang, Zana Ruslinda Ujang.

Show More

Related Articles

Back to top button