Berita

Anwar lulus peruntukan RM31.8 juta, bina lima masjid di Negeri Sembilan

SEREMBAN: Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, meluluskan peruntukan RM31.8 juta bagi pembinaan lima buah masjid di Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, lima buah masjid tersebut adalah:

• Masjid Terapung Port Dickson.
• Masjid Ulu Beranang, Seremban.
• Masjid Kariah Talang Tengah, Kuala Pilah.
• Masjid Tunku Munawir Seri Menanti, Kuala Pilah.
• Masjid Bongek, Rembau.

“Dalam pertemuan pertama saya bersama Perdana Menteri yang lalu, saya memohon peruntukan bagi pembinaan lima buah masjid di Negeri Sembilan.

“Beliau bersetuju meluluskan peruntukan berjumlah RM31.8 juta bagi pembinaan lima masjid tersebut.

“Mewakili Kerajaan Negeri Sembilan, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri di atas keprihatinan beliau.

“Semoga dengan pembinaan masjid-masjid ini, nur Islam terus bersinar di Negeri Sembilan, Insyah Allah,” ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button