Berita

Aminuddin lancar Bakul Kasih Rahmah

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah melancarkan inisiatif Bakul Kasih Rahmah melalui Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan.

Aminuddin berkata, inisiatif ini dilaksanakan bagi membantu golongan miskin tegar yang kurang berkemampuan dalam menghadapi himpitan ekonomi masa kini.

“Dalam masa sama, inisiatif ini juga selari dengan tonggak keenam wawasan Malaysia Madani iaitu ihsan.

“Dalam pada itu, saya turut menyampaikan bantuan baik pulih rumah kepada dua keluarga miskin tegar melalui kerjasana PPNS dan YaPEIM di bawah inisiatif MyHAUS YaPEIM.

“Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh penerima, Insya Allah,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button