BeritaProgram

TUNS galak penjaja kecil berniaga secara formal

Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) merupakan bantuan pembiayaan dalam bentuk geran berjumlah RM3,000 yang disasarkan kepada penjaja dan peniaga kecil di Negeri Sembilan.

Geran TUNS memfokuskan kepada pembelian mesin dan peralatan perniagaan bagi tujuan peningkatan perniagaan usahawan terutamanya dari segi produktiviti.

Selain itu, TUNS secara tidak langsung menggalakkan penjaja dan peniaga kecil untuk berniaga secara formal dengan mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan seterusnya melayakkan mereka untuk memohon bantuan perniagaan dari jabatan/agensi keusahawanan yang lain.

Semua penerima TUNS secara automatik adalah berdaftar sebagai usahawan Negeri Sembilan. Senarai usahawan-usahawan ini diberi peluang dan keutamaan untuk menyertai karnival jualan seperti NS Fest, Minggu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), Nismilan Showcase dan lain-lain program atau karnival anjuran agensi negeri dan persekutuan.

Peluang ini membantu memberi pendedahan kepada usahawan mengenai dunia perniagaan sebenar.

Show More

Related Articles

Back to top button