Berita

Arul santuni penduduk Taman Nilai Perdana

NILAI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, YB J.Arul Kumar telah menyantuni penduduk di Taman Nilai Perdana.

Arul Kumar berkata, aktiviti tersebut dilakukan bagi beramah mesra bersama penduduk setempat dan mengeratkan silaturahim bersama mereka.

“Dalam pada itu, saya turut menyampaikan sumbangan Ahli Parlimen Seremban, YB Anthony Loke Siew Fook iaitu set khemah penuh kepada MPKK Kampung Nilai.

“Set khemah tersebut mempunyai keperluan yang lengkap seperti khemah, kerusi dan meja.

“Sumbangan tersebut bagi membantu komuniti setempat menjalankan aktiviti kemasyarakatan di sini,” kata Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button