Berita

Azan maghrib tanda Masjid Forest Height telah siap

SEREMBAN: Azan maghrib yang dilaungkan pada jam 7:10 petang semalam menandakan bahawa Masjid Forest Height telah siap dan boleh digunakan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, masjid ini dibina dengan menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak RM7.6 juta.

“Masjid ini mampu menampung jemaah seramai 1,500 orang dalam satu-satu masa.

“Kerajaan Negeri sentiasa bertekad untuk memperkukuhkan institusi Islam di negeri ini.

“Saya juga ingin kita semua menjadikan masjid sebagai medan utama yang sepatutnya menjadi magnet untuk menarik semua manusia tidak kira agama atau bangsa,” ujar Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Penyerahan Masjid Forest Height.

Show More

Related Articles

Back to top button