Berita

Kerajaan Negeri sasar Kuala Pilah capai Daerah Dadah Terkawal

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan meluluskan dua kertas pertimbangan iaitu Pelaksanaan Pertandingan Kampung Terkawal Dadah Daerah Kuala Pilah 2022/2023 dan Program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) di sektor awam dan swasta.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pertandingan tersebut dilaksanakan bagi memastikan matlamat Dadah Terkawal di Daerah Kuala Pilah tercapai di samping menjadi platform membantu kes berulang serta mencegah penyalahguna dadah dalam komuniti di daerah berkenaan.

Manakala pelaksanaan Program Tekad bertujuan memberi kemahiran mengurus masalah penyalahguna dadah kepada majikan dan menyediakan program pemulihan yang berkesan.

“Kerajaan Negeri Sembilan memberi penekanan secara serius ke atas usaha pengekalan pencapaian penghijauan Kawasan Berisiko Tinggi (KBT).

“Alhamdulillah sehingga hari ini Felda Sungai Kelamah, Tampin dan Mukim Gemencheh, Tampin masih kekal hijau.

“Fokus seterusnya perlu diberikan kepada dua mukim iaitu Mukim Ampangan, Seremban dan Mukim Rompin Jempol.

“Sewaktu mesyuarat, saya turut mengingatkan kepada ahli agar mengambil tindakan segera terhadap semua keputusan mesyuarat bagi merealisasikan sasaran Dadah Terkawal 2025, Insya Allah,” kata Aminuddin ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Negeri Sembilan di Wisma Majlis Bandaraya Seremban.

Show More

Related Articles

Back to top button