Bakri saran sekolah adakan program motivasi tingkatkan mutu akademik pelajar
KLAWANG: Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir menyarankan pihak sekolah mengadakan program motivasi secara berkala bagi meningkatkan mutu akademik pelajar.
“Saya menyokong usaha pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Undang Syed Ali Al-Jufri di Simpang Gelami mengadakan Program Motivasi Barakah Islamiah bagi meningkatkan mutu akademik dan sahsiah murid-murid mereka.
“Saya menyeru kepada murid-murid supaya tidak meninggalkan aspek kerohanian dalam hidup selari dengan akademik.
“Kepada Pengetua Puan Hafsah serta tenaga pengajar, saya ucapkan tahniah di atas penganjuran program motivasi antara guru, ibu bapa dengan murid yang saya anggap sebagai berjaya.
“Semoga harapan sekolah agar murid-murid mencapai keputusan Straight A’s tercapai, Insyah Allah,” kata Bakri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang.