Berita

Buka akaun Tabung Haji, langkah pertama untuk menunaikan haji: Aminuddin

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyeru semua umat islam di negeri ini membuka akaun Tabung Haji (TH) dan seterusnya memanfaatkan kelebihan sebagai pendeposit TH.

“Pembukaan akaun Tabung Haji adalah langkah pertama untuk menunaikan haji.

“Di samping sebagai instrumen untuk melaksanakan ibadah haji, pendeposit akaun Tabung Haji juga mendapat pelbagai manfaat lain seperti zakat dibayar oleh Tabung Haji, pengecualian cukai terhadap dividen dan bonus serta simpanan patuh syariah.

“Walaupun begitu, hanya 57.14 peratus daripada 665,496 penduduk Islam di Negeri Sembilan mempunyai akaun Tabung Haji,” kata beliau.

Ini adalah antara beberapa isu yang sempat dibincangkan oleh Aminuddin bersama Pengarah TH Wilayah Selatan, YBhg Dato’ Mohammad Mokhzani Mukhtar pada kunjungan hormat Mohammad Mokhzani ke atas Aminuddin.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Dr.Razali Abdul Malik; Pengarah TH Negeri Sembilan, Encik Muhamad Zaki Haji Baijuri; Ketua Pemasaran TH Negeri Sembilan, Muhamad Fariduddin Che Malek dan Pengurus TH Seremban, Encik Hanapi Idris.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button