Berita

Dana yang disalurkan adalah amanah: AMINUDDIN

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun menegaskan bahawa Dana Inisiatif Sejati MADANI bukan sekadar peruntukan malahan ia adalah amanah kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

“Setiap sen yang disalurkan adalah amanah rakyat.

“Ia juga adalah lambang kerajaan kepada JPKK, oleh itu ia mesti diurus dengan penuh tanggungjawab, ketelusan dan berkesan,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Amanat Menteri Besar Negeri Sembilan bersama JPKK.

Dalam pada itu, Aminuddin turut berpesan kepada JPKK supaya tanggungjawab yang diberikan perlu dilaksanakan dengan amanah.

“Selain itu, memastikan kampung dalam keadaan selamat dan menyampaikan inisiatif kerajaan hingga ke penduduk setempat.

“Kerajaan boleh merancang seribu dasar, tetapi tanpa tangan yang jujur dan tekun, semuanya hanya akan tinggal di atas kertas sahaja.

“Insya-Allah, dengan kesatuan hati dan keikhlasan, Negeri Sembilan akan terus megah sebagai negeri MADANI yang beradat, berwawasan dan diberkati,” ujar beliau lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button