BeritaProgram

Minum minuman keras di tempat awam boleh dikenakan kompaun RM2,000

SEREMBAN: Individu yang minum minuman keras di tempat awam di Negeri Sembilan, boleh dikenakan tindakan kompaun sebanyak RM2,000.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri tidak benarkan minum minuman keras di tempat awam, taman permainan kanak-kanak, padang awam, taman rekreasi dan pantai awam.

“Penguatkuasaan undang-undang baharu ini dilaksana selepas Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menerima banyak aduan daripada masyarakat setempat, selain menghormati sensitiviti masyarakat setempat.

“Sebelum ini hanya boleh nasihatkan mereka berpindah tetapi kita tiada kuasa untuk ambil tindakan.

“Apabila tidak ada undang-undang sebelum ini, mereka boleh buat sesuka hati mereka.

“Penguatkuasaan undang-undang kompaun RM2,000 ini akan melibatkan kerjasama PBT dan pihak polis yang akan berkuatkuasa serta merta, ” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian semasa Sidang Media Pasca Mesyuarat Exco di Wisma Negeri.

Show More

Related Articles

Back to top button