BeritaProgram

GADUH, BISING, PECAH BOTOL ARAK: Punca larangan minum minuman keras di tempat awam

SEREMBAN: Larangan minum minuman keras di Negeri Sembilan hanya di tempat awam, taman permainan kanak-kanak, padang awam, taman rekreasi dan pantai awam.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, J.Arul Kumar berkata, hasrat Kerajaan Negeri Sembilan untuk mengenakan larangan ini dan dibenarkan untuk dikompaun sehingga maksimum RM2,000 adalah hanya untuk mengelakkan seorang individu atau sekumpulan orang menggunakan tempat awam, taman permainan kanak-kanak, padang awam, taman rekreasi dan pantai awam sebagai tempat untuk minum minuman keras dan selepas itu memecahkan botol arak, membuang sampah, membuat bising dan bergaduh antara satu sama lain sehingga menganggu ketenteraman penduduk setempat.

Di Negeri Sembilan mempunyai banyak padang awam, padang permainan dan taman rekreasi yang besar dan cantik.

Apabila tidak ada sebarang halangan, tempat-tempat ini menjadi tempat tumpuan untuk minum minuman keras dan selepas itu banyak masalah kepada orang awam ke tempat tersebut untuk aktiviti riadah atau jogging seperti:-

1. Botol arak dipecahkan di padang dan mencederakan orang awam termasuk kanak-kanak dan warga emas.

2. Apabila ada sekumpulan orang minum minuman keras, orang awam tidak berani ke tempat awam, taman permainan kanak-kanak, padang awam, taman rekreasi dan pantai awam.

3. Selepas minum minuman keras, ada kumpulan yang memainkan muzik dengan bunyi yang kuat sehingga menganggu ketenteraman penduduk sekitar.

4. Bergaduh antara satu sama lain dan mengancam orang awam.

5. Merosakkan harta benda dan kemudahan di tempat awam, taman permainan kanak-kanak, padang awam, taman rekreasi dan pantai awam selepas mabuk.

“Kerajaan menyediakan banyak tempat riadah seperti ini untuk menggalakkan orang awam untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan melaksanakan senaman dan aktiviti jogging serta berkumpul dengan ahli keluarga atau rakan-rakan mereka untuk mewujudkan hubungan yang baik dan bukannya untuk individu atau sekumpulan orang minum minuman keras di tempat awam, taman permainan kanak-kanak, padang awam, taman rekreasi dan pantai awam yang menyebabkan banyak masalah dan gangguan kepada orang awam.

“Kami sebagai wakil rakyat menerima banyak aduan seperti ini di semua tempat.

“Setiap kali ada aduan, kami akan memaklumkan kepada pihak berkuasa dan hanya boleh halau mereka daripada tempat tersebut dan tidak boleh dikompaun dan perkara sama berlaku selepas sejam atau pada hari berikutnya.

“Sebab itu, aktiviti minum minuman keras dimasukkan dalam undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan sebagai salah satu aktiviti yang dilarang di tempat awam, taman permainan kanak-kanak, padang awam, taman rekreasi dan pantai awam yang boleh dikompaun,” jelas Arul Kumar.

Dalam pada itu, Arul Kumar berkata, berkaitan dengan larangan di pantai, larangan ini hanya di pantai awam sahaja.

“Pantai yang dimiliki oleh swasta seperti hotel, resort, club, cafe dan restoran, aktiviti minum minuman keras dibenarkan dan larangan ini tidak terpakai di kawasan tersebut.

“Sama juga keadaan di pantai awam ada individu dan sekumpulan orang minum minuman keras di pantai awam, membuang botol arak dan pecahkan botol arak di kawasan tersebut.

“Keadaan tersebut menyebabkan kecederaan kepada orang awam dan pelancong di pantai dan mencemarkan imej pantai-pantai yang dipenuhi dengan botol minuman keras dan sampah,” ulas Arul Kumar.

Arul Kumar berkata, dalam tempoh tiga bulan yang lalu, beliau sendiri berhadapan dengan masalah ini di mana Majlis Bandaraya Seremban telah menyediakan kemudahan kawasan rekreasi di Mantin iaitu Laman Mantin; di mana setiap pagi dan petang serta malam dipenuhi dengan orang awam dari kawasan Mantin untuk bersenam dan melakukan aktiviti riadah.

“Di tempat itu yang baru siap dibina pun setiap malam ada sekumpulan orang berkumpul dan minum minuman keras di sana dan membuang botol arak di situ dan ada yang pecahkan botol arak di lokasi itu.

“Keesokan hari tempat itulah kanak-kanak dan warga emas datang untuk bermain dan berjogging.

“Adakah tindakan penguatkuasaan untuk memastikan keselamatan warga emas dan kanak-kanak ini pun salah?

“Ada sekumpulan orang ambil kesempatan dengan mempolitikan isu ini dan menuduh tidak membenarkan minum minuman keras di Negeri Sembilan.

“Jika mahu minum minuman keras tidak ada kompaun atau dilarang jika minum selain daripada empat kawasan ini, iaitu tempat awam, taman permainan kanak-kanak, padang awam, taman rekreasi dan pantai awam,” ulas Arul Kumar lagi.

Menurut Arul Kumar, pada malam semalam (Rabu) beliau telah meninjau beberapa padang permainan yang penuh dengan botol-botol minuman keras.

“Tindakan ini adalah untuk keselamatan dan keselesaan orang awam dan tidak ada apa apa niat lain,” ujar beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button