BeritaMenarik

Wanita KeADILan tumpu usaha berterusan bantu mangsa banjir

KUALA LUMPUR: Wanita KeADILan Pusat telah menggerakkan usaha bagi mengumpul barang-barang keperluan untuk disalurkan kepada mangsa banjir di beberapa negeri.

Pengarah Komunikasi Wanita KeADILan, Puan Noraini Nordin berkata, tumpuan berterusan meringankan bebanan mangsa banjir ini dilaksanakan secara aktif khasnya di kawasan musibah tersebut.

“Bagi memaksimakan bantuan supaya stok bekalan sentiasa mencukupi Wanita KeADILan yang diterajui oleh YB Fadhlina Sidek telah mengambil inisiatif mengumpul barangan yang diperlukan.

“Usaha pengumpulan barangan telah dimulakan sejak 31 Disember 2023 dan akan berterusan sehingga 5 Januari 2024,” katanya.

Noraini yang juga Pemangku Ketua Penerangan Wanita KeADILan berkata, pusat pengumpulan barangan tersebut ialah di Kediaman Rasmi Menteri Pendidikan di Jalan P10C, Presint 10, Putrajaya.

Meringankan Kesukaran Mangsa

Penyumbang-penyumbang yang ingin memberi sumbangan dan bersama-sama meringankan kesukaran hidup mangsa banjir adalah digalakkan berbuat demikian.

Berikut adalah antara barangan diperlukan:-

Barangan bayi

1) Lampin pakai buang (Pampers)
2) Susu Bayi
3) Botol Susu

Pakaian Wanita

1) Baju
2) Tudung
3) Kain Batik
4) Seluar
5) Tuala wanita (Pad)
6) Pakaian Dalam
7) Telekung dan Sejadah

Pakaian Lelaki

1) Kain Pelikat
2) Baju-T
3) Seluar

Barangan Kesihatan

1) Test Kit Covid
2) Sabun mandi dan sabun basuh pakaian
3) Berus gigi dan ubat gigi

Barangan Tambahan

1) Makanan dalam bungkusan dan sedia untuk dimakan
2) ⁠Bakul Makanan kering

Menurut Noraini lagi, semua barangan yang dikumpul akan disimpan di pusat pengumpulan sebagai langkah serta-serta memberi bantuan jika bila-bila masa berlaku kejadian banjir.

“Bagi tujuan tersebut, ‘Team Wanita KEADILAN Pusat’ turut mempunyai pasukan sukarewan sendiri untuk menghantar barang-barang yang diperlukan kepada mangsa banjir,” ujarnya.

Sebarang maklumat mengenai usaha yang digerakkan Wanita KeADILan Pusat ini boleh diperolehi dengan menghubungi talian berikut:-

Cik Farzana 012-806 9677.
Encik Anuar 013-308 4064.

Show More

Related Articles

Back to top button