Berita

Mangsa Kebakaran Kampung Sawah Terima Bantuan Aminuddin

PORT DICKSON: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun meluangkan masa menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran rumah di Kampung Sawah, Chuah di sini petang tadi.

Kunjungan Aminuddin itu bagi meninjau keadaan keluarga yang terjejas selepas kediaman mereka musnah dalam kejadian kebakaran baru-baru ini.

Dalam lawatan berkenaan, Aminuddin turut meminta Pegawai Daerah Port Dickson untuk mengambil tindakan lanjut serta menyelaras bantuan susulan termasuk keperluan asas dan kebajikan mangsa.

Terdahulu, sebuah rumah jenis kekal di Lot 1898, Lorong Barakah, Kampung Sawah dilaporkan musnah hampir 90 peratus dalam kejadian kebakaran yang berlaku sekitar jam 1.00 tengah hari.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terkorban atau cedera dalam insiden tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button