Pelaburan RM710 juta untuk pekerja, produktiviti dan ekonomi negara

Dalam mendepani cabaran ekonomi global dan krisis bekalan semasa, Kerajaan MADANI melalui Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memperkenalkan Pakej Daya Tahan Ekonomi Progressive Acceleration for Capability and Employment (PACE) bernilai RM710 juta bagi memastikan kebajikan pekerja, majikan dan kelangsungan ekonomi negara terus terpelihara.
Pelaksanaan PACE memberi fokus kepada empat teras utama iaitu perlindungan sosial, peningkatan kemahiran dan penempatan pekerjaan, pemerkasaan pekerja gig serta pembangunan bakat muda dan PMKS melalui kerjasama strategik bersama PERKESO, HRD Corp, PTPK dan TalentCorp.
Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada puluhan ribu rakyat melalui bantuan kewangan, latihan kemahiran, peluang pekerjaan serta sokongan kebolehpasaran tenaga kerja secara lebih inklusif, progresif dan bersasar demi memastikan pasaran buruh negara kekal berdaya tahan dan kompetitif.
KESUMA menggariskan empat inisiatif yang turut melibatkan PERKESO, HRDCorp, Tabung Pembangunan Kemahiran dan TalentCorp.




