BeritaMenarikProgram

SRI TANJUNG: Kaunter bantuan PADU dibuka di Kampung Paya

SRI TANJUNG: Kaunter bantuan Sistem Pengkalan Data Utama (PADU) telah dibuka di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Paya.

Kaunter ini akan dibuka sehingga 8 Januari ini termasuk Sabtu dan Ahad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, YB G.Rajasekaran berkata, ini bertujuan bagi membantu penduduk di DUN Sri Tanjung membuat proses kemaskini dalam sistem PADU.

“Justeru itu, saya memohon penduduk setempat mengambil peluang ini bagi mengemaskini maklumat penting dalam sistem PADU.

“Pada bulan Januari 2024, pemfokusan akan dilaksanakan di peringkat PEDi terlebih dahulu sebelum ianya akan diperluaskan di fasiliti sedia ada setempat yang lain,” kata Rajasekaran.

Kaunter ini dibuka oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Sembilan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Sembilan dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat DUN Sri Tanjung.

PEMBUKAAN KAUNTER BANTUAN BAGI PROSES KEMASKINI PADU DI KAMPUNG PAYA BAGI DUN SRI TANJUNG.

Tarikh: 3 Januari 2024 (Rabu) sehingga 8 Januari 2024 (Isnin) (Termasuk Sabtu dan Ahad).

Masa: 10.00 pagi – 5.00 petang.

Pertanyaan: Encik Amar Yaacob (014-601 4725).

Tempat: PEDi Kampung Paya https://maps.app.goo.gl/SUhVjySZWreEj4vH8

Show More

Related Articles

Back to top button