BeritaMenarik

Maklum balas Kementerian Pendidikan berkenaan isu kebenaran persekolahan murid tanpa dokumen kewarganegaraan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil perhatian isu murid tanpa dokumen kewarganegaraan yang menghadapi masalah untuk meneruskan persekolahan seperti yang dilaporkan media.

Satu sesi pertemuan bersama-sama dengan keluarga murid terlibat telah diadakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) pada Khamis, 28 Disember 2023.

Ia bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian bagi membolehkan murid terlibat meneruskan persekolahan seperti biasa.

Beberapa cadangan penyelesaian telah dikemukakan berkaitan dengan keperluan dokumentasi kewarganegaraan murid terbabit.

Manakala pihak JPNS pula komited untuk membantu dari aspek pengurusan pendaftaran murid di sekolah.

Pertemuan telah berlangsung dalam suasana harmoni dan mencapai hasil yang positif.

KPM sentiasa berusaha meningkatkan akses pendidikan berkualiti untuk semua murid warganegara.

Agenda pendidikan manusiawi memastikan tiada murid yang tercicir.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

03 JANUARI 2024

Show More

Related Articles

Back to top button