Anwar jamin bekalan ubat stabil, BUDI Agri-Komoditi diteruskan

PUTRAJAYA: Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah mendengar pembentangan utama daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dalam merungkai krisis rantaian bekalan global yang kian menekan.
Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan MADANI memahami denyut nadi rakyat yang sedang berdepan tekanan kenaikan kos dan ketidaktentuan ekonomi dunia.
“Atas pertimbangan tersebut, Kerajaan bersetuju meneruskan inisiatif BUDI MADANI: BUDI Agro-Komoditi secara bersasar demi membantu pekebun kecil, pengusaha serta golongan rentan yang menjadi tulang belakang ekonomi negara.
“Terkait dengan jaminan kesihatan rakyat, secara keseluruhannya, bekalan ubat masih stabil dan KKM akan terus memantau dengan rapi sebarang cabaran rantaian stok mahupun harga bagi mengelakkan rakyat menjadi mangsa keadaan.
“Apa jua cabaran yang mendatang, Kerajaan MADANI akan terus bekerja keras, bertindak dengan ihsan dan memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan negara,” kata Anwar.



