BeritaKolumnis

Dapat RM100, selesaikan hutang kawan kalau ada hutang

Dapat duit RM100 nanti, kalau ada hutang kawan RM50, setelkan dulu.

Ada baki RM50 lagi.

Kalau ada hutang kawan RM100, bayar dulu RM60. Boleh guna RM40. Baki hutang dengan kawan pun tinggal RM40.

Kalau ada hutang kawan RM500, bayar dulu RM70, boleh guna RM30. Baki hutang kawan tinggal RM430.

Bahkan kalau hutang kawan beribu sekali pun, bayar lah dulu sekurang-kurangnya RM50.

Sekurang-kurangnya hutang itu berkurang. Bulan seterusnya usahakan bayar minima RM50 sebulan. Lama-lama habis lah.

Ini ada hutang buat diam. Kadang tak besar mana pun nilai. Dengan harapan yang memberi itu lupa agaknya.

Mereka tak lupa. Mereka diamkan kerana menjaga hubungan sahaja.

Begitulah.

NOTA: Duit tak dapat secara tunai (cash). Masuk dalam MyKad (IC). Pinjam sahaja IC kat kawan itu, biar dia pergi tebus (redeem) sekejap.

(Pandangan peribadi penulis tidak semestinya menggambarkan pendirian Negeri Kita)

Kredit: Facebook Mohd Fadli Salleh

Show More

Related Articles

Back to top button