Berita

Enam pelajar IPT terima sumbangan kewangan daripada Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Enam pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Seremban (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren.

Gunasekaren berkata, inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan ini bagi membantu para pelajar melanjutkan pengajian ke IPT.

“Inisiatif ini menawarkan bantuan kewangan kepada pelajar tahun pertama yang layak memasuki IPT dengan jumlah bantuan mengikut tahap pengajian mereka iaitu RM1,000 bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma (RM750) dan Sijil (RM500).

“Kerajaan Negeri Sembilan tetap prihatin dengan kebajikan pelajar yang ingin menimba ilmu ke peringkat yang lebih tinggi,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button