Berita

ETS3: Dua trip KL Sentral – Kluang setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad

PUTRAJAYA: Bermula 10 oktober 2025, KTMB akan akan menyediakan dua trip (perjalanan) bagi laluan KL Sentral – Kluang pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, semasa mesyuarat pasca-kabinet pada 19 September 2025, saya telah meminta KTMB untuk mencari jalan supaya penggunaan aset ETS3 dapat dioptimumkan agar lebih banyak trip boleh disediakan kepada penumpang-penumpang di laluan KL Sentral-Kluang.

“Bermula 10 Oktober 2025, akan ada tambahan trip EP9510 Kluang – KL Sentral dan EP9515 KL Sentral – Kluang pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

“Tiket sudah mula dijual sejak 1 Oktober lalu.

“Jumlah trip akan terus ditambah apabila tren-tren ETS3 baharu disiapkan.

“Pada masa yang sama, aset-aset sedia ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya tanpa mengabaikan kerja-kerja penyelengaraan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada team KTMB atas tindakan yang pantas,” kata Anthony Loke.

Show More

Related Articles

Back to top button