Berita

Faudzinaim dilantik Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

SEREMBAN:YB Sahibus Samahah Professor Madya Dr. Faudzinaim Badaruddin dilantik sebagai Mufti Kerajaan Negeri Sembilan yang baru.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Faudzinaim merupakan Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan dan juga Ahli Jilsah Turuq Sufiyyah Negeri Sembilan.

“Beliau juga mempunyai kelayakan akademik Doktor Falsafah, Univercity of London (1998), Sarjana di University of London (1992) dan Sarjana Muda Universiti Kebangsaan Malaysia (1989).

“Oleh itu saya berharap dengan kelayakan dan kemiharan yang dimiliki beliau dapat membantu meningkatkan pembangunan syiar Islam khususnya buat rakyat di Negeri Sembilan.

“Selamat berkhidmat diucapkan semoga jawatan yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan penuh keikhlasan demi Negeri Sembilan yang dikasihi, Insya-Allah,” ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button