Berita

Gelandangan di stesen bas Terminal 1 diselamatkan

BUKIT KEPAYANG: Seorang gelandangan warga asing yang tidur di stesen bas Terminal 1 Seremban sejak tiga hari, telah diselamatkan oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan.

EXCO Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, YB Nicole Tan Lee Koon berkata, selepas menerima aduan beliau telah menghubungi Jabatan Imigresen untuk diambil tindakan.

“Pihak Jabatan Imigresen telah mengambil tindakan dengan membawa gelandangan warga asing tersebut pergi ke jabatan untuk proses seterusnya.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak dapat mengambil tindakan terhadap warga asing kerana luar bidang kuasa mereka dan hanya Jabatan Imigresen yang mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap gelandangan warga asing.

“Pada masa yang sama, Jabatan Imigresen menghadapi kekurangan kakitangan pada hujung minggu.

“Jadi tindakan daripada Jabatan Imigresen akan menjadi lambat. Saya akan meminta Jabatan Imigresen untuk menambahbaik daripada segi ini,” ujar Nicole Tan.

YB Nicole Tan Lee Koon

Nicole Tan yang juga ADUN Bukit Kepayang berkata, gelandangan akan menjejaskan reputasi bandar Seremban dan membawa kesulitan kepada orang awam.

“Sebagai contoh, saya pernah menghadapi seorang gelandangan yang tidak mandi beberapa hari, tidur di depan pintu kedai dan meminta duit daripada pemilik kedai tersebut.

“Jika tidak bagi duit, dia tidak mahu bagi pemilik masuk ke kedai dan menghalau pelanggan.

“Hal ini akan membawa kacau ganggu kepada orang awam.

“Saya berharap apabila orang awam membuat aduan mengenai gelandangan, beri lokasi, foto gelandangan, identiti dan keadaan semasa supaya pihak berkaitan boleh sampai ke tempat kejadian dan mengambil tindakan yang berkesan dalam masa yang terdekat,” jelas beliau lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button