Berita

GLC Negeri Sembilan catat keuntungan

Kerajaan Negeri Sembilan komited untuk memperkasakan kesemua Badan-Badan Berkanun Negeri dan anak syarikat di bawahnya.

Pelbagai program Business Process Re-engineering telah dilakukan seperti pelaburan strategik, penstrukturan korporat, penyusunan semula anak syarikat, projek usahasama, penerokaan hasil-hasil baharu dan tadbir urus yang baik.

Usaha ini telah berjaya mentransformasikan sebahagian besar Badan-Badan Berkanun Negeri.

Peningkatan keuntungan Badan Berkanun Negeri dan anak syarikat ini turut memberikan pulangan dalam bentuk hasil kepada Kerajaan Negeri apabila Badan Berkanun Negeri dan anak syarikat sudah mula menjelaskan bayaran tunggakan hutang-hutang kepada Kerajaan Negeri.

Hasil ini sudah pastinya dikembalikan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk seperti inisiatif dan pembangunan infrastruktur.

Show More

Related Articles

Back to top button