Berita

Gunasekaren santuni mangsa pecah rumah

SEREMBAN JAYA: Penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah turun padang bagi menyantuni mangsa pecah di Kampung Baru Rahang.

Gunasekaren berkata, ketika kejadian berlaku mangsa yang merupakan pasangan warga emas telah diikat kedua belah tangan dan ditutup mulut oleh penjenayah.

“Penjenayah juga bertindak mencuri wang tunai sebanyak RM3,000 yang disimpan di dalam rumah.

“Mujur tiada sebarang kecederaan yang berlaku.

“Satu laporan polis telah dilakukan semoga penjenayah ini dapat ditahan secepat mungkin,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button