Berita

Individu kurang kemampuan terima bantuan kewangan dari Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada beberapa individu mengikut keperluan masing-masing.

“Saya telah menyerahkan sumbangan kewangan kepada Puan Mariam Bibi Mohd Rafid dan Puan Rahimah Kasbi untuk menampung kos rawatan perubatan.

“Manakala Puan Aishah Md Isa pula menerima bantuan bagi membantu membayar balik pinjaman bank.

“Saya juga menyampaikan sumbangan kewangan kepada Pengerusi KRT Fasa 1 Taman Seremban Jaya, Encik Haapi Daing Dalisang sebagai penghargaan di atas inisiatif beliau membantu memudahcara kerja-kerja pendaftaran bantuan warga emas sepanjang dua minggu di Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya,” ujar Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button