Berita
Individu uzur dan wakil NGO disantuni Mohd Faizal
LINGGI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi, YB Dato’ Mohd Faizal Ramli telah menyantuni dua individu yang keuzuran di Kampung Sungai Raya.
“Saya telah menyampaikan bantuan barangan keperluan dapur kepada dua individu yang keuzuran dan salah seorangnya merupakan pesakit kanser.
Semoga sumbangan ini meringankan beban dan dipermudahkan segala urusan mereka,” kata Mohd Faizal.
Sementara itu, seramai 50 individu yang mewakili beberapa NGO Kaum Cina dari DUN Linggi telah mengadakan satu pertemuan dengan Mohd Ramli.
“Perjumpaan ini berlangsung dengan cukup baik. Pelbagai perkara dan cadangan telah dibincangkan demi kebaikan masyarakat DUN Linggi secara umumnya,” ujar beliau.