Berita

Isi bulan kemerdekaan dengan semangat perpaduan: ISMAIL

SEREMBAN: Exco Pendidikan dan Modal Insan,Dato’ Ismail Lasim berkata, bulan kemerdekaan perlu diisi dengan semangat perpaduan dan toleransi antara masyarakat.

“Selama mengecapi 66 tahun kemerdekaan negara kita ini banyak kemajuan yang kita dapat nikmati.

“Sama ada pembangunan, ekonomi serta rakyatnya.

“Oleh itu, kita perlu terus mengisi kemerdekaan kali ini dengan semangat perpaduan supaya tiada yang dapat memisahkan kita dengan fikiran berkaitan perkara yang remeh,” kata Ismail.

Ismail turut tambah, majlis tersebut juga merasmikan tayangan tokoh Negeri Sembilan di semua billboard.

“Tayangan tokoh tersebut akan dipamerkan di setiap billboard yang terdapat di setiap daerah di negeri ini,” ujar beliau.

Ismail berkata demikian ketika mewakili Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun di Majlis Pelancaran Tayangan Billboard (LED) Sempena Hari Kemerdekaan di Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button