Berita

Ismail sumbang katil mudah alih kepada pesakit lumpuh

SENALING: Seorang pesakit lumpuh, Puan Lijah Sudin menerima sebuah katil mudah alih daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senaling, YB Dato’ Ismail Lasim.

“Puan Lijah dari Kampung Bemban merupakan pesakit lumpuh separuh badan.

“Saya menyumbang sebuah katil mudah alih bagi memudahkan ahli keluarganya menguruskan rutin harian beliau.

“Selain itu saya juga menyumbang lampin pakai buang kepada beliau. m

“Semoga sumbangan ini meringankan beban beliau,” kata Ismail.

Pegawai Pusat Khidmat Rakyat DUN Senaling, Encik Razman Matsil yang mewakili Ismail menyerahkan sumbangan tersebut.

Turut hadir, Pengerusi JPKK Kampung Bemban, Puan Azizah Jalani.

Show More

Related Articles

Back to top button