KUALA PILAH: Pengundi diminta tidak salah pangkah dalam Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN-15) pada 12 Ogos ini,” kata Calon Pakatan Harapan DUN Sikamat, Dato’ Seri Aminuddin Harun.
“Barisan Nasional (BN) tidak ada tolok bandingan dari segi pengalaman membangunkan negeri, yang disambung pula oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH).
“Kami BN dan PH memiliki pengalaman yang panjang dalam pembangunan negeri yang boleh kami teruskan secara teratur bagi memastikan kesejahteraan rakyat.
“Perikatan Nasional tak ada pengalaman. Lihat calon-calon mereka, saya rasa tidak ada yang berpengalaman untuk membangunkan negeri yang dicintai ini.
“Jangan salah pangkah. Jangan dek calon, dek kecewa, dek perasaan, pangkah PN pada PRN-15 ini,” kata Aminuddin di Jelalah Perpaduan di sini malam tadi.