BeritaMenarik

Pengundi luar diminta balik, tentukan kemajuan Negeri Sembilan

KUALA PILAH: Calon Pakatan Harapan DUN Sikamat, Dato’ Seri Aminuddin Harun menyeru pengundi luar agar balik mengundi bagi menentukan kemajuan Negeri Sembilan.

“Penting untuk kita menentukan masa depan Negeri Sembilan dan sebab itu pastikan 36 DUN dimenangi oleh Pakatan Harapan dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN-15) pada 12 Ogos ini.

“Minta anak cucu balik, sebahagian besar pengundi Kuala Pilah tinggal di luar.

“Penting untuk mereka balik bagi menentukan masa depan anak-anak bangsa di Negeri Sembilan dan bantu menentukan kemajuan negeri ini,” kata Aminuddin di Jelajah Perpaduan dekat sini malam tadi.

Aminuddin berkata, Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan berazam membawa lebih banyak kemajuan ke negeri ini khususnya Kuala Pilah.

“Kita mahu meningkatkan hasil pendapatan rakyat dipertingkatkan.

“Pengundi harus melihat bagaimana kita membangunkan Negeri Sembilan selama lima tahun.

“Kita ingin melihat pembangunan ini diteruskan,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button