Berita

Aminuddin seru Kerajaan Negeri sama bersama Kerajaan Persekutuan

SIKAMAT: Calon Pakatan Harapan DUN Sikamat, Dato’ Seri Aminuddin Harun menyeru agar pengundi di Negeri Sembilan supaya mengambil keputusan menjadikan Kerajaan Negeri bergerak seiring bersama Kerajaan Persekutuan.

Aminuddin berkata, hal ini supaya lebih banyak pembangunan negeri dapat dilakukan dengan lebih lancar pada masa akan datang.

“Kita dapat lihat sewaktu Kerajaan Negeri sebagai pembangkang, betapa banyak pelaburan baru yang dibawa masuk.

“Tidak kurang juga hasil negeri mencatatkan peningkatan saban tahun.

“Semua itu dipulangkan semula kepada rakyat negeri ini dalam pelbagai bentuk insentif, program mahupun bantuan.

“Sebagai contoh, bantuan anak sekolah, peningkatan bantuan sara hidup bagi mahasiswa dan bantuan komputer riba kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT),” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button