BeritaMenarik

Jom makan buah!

SEREMBAN: Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan telah menganjurkan Promosi Jom Makan Buah-Buahan Tempatan sempena Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15.

Exco Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup, YB Datuk Jalaluddin Alias berkata, promosi ini bagi menggalakkan masyarakat untuk makan buah-buahan tempatan yang tinggi dengan khasiat dan baik untuk kesihatan badan.

“Ini juga bertujuan mempromosikan keluaran buah-buahan tempatan dari Negeri Sembilan.

“Terima kasih Jabatan Pertanian Negeri Sembilan, FAMA Negeri Sembilan, Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia dan Lembaga Pertubuhan Peladang .

“Saya berharap kita akan dapat meneruskan promosi makan buah-buahan tempatan ini pada setiap masa,” kata Jalaluddin.

Show More

Related Articles

Back to top button