Berita

Jualan Harga Ladang DUN Ampangan Jumaat ini

Potongan 20 peratus hingga 30 peratus

AMPANGAN: Program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin DUN Ampangan akan diadakan pada Jumaat ini.

ADUN Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek berkata, barangan yang dijual murah 20 peratus hingga 30 peratus berbanding harga pasaran.

“Program ini merupakan manifestasi keprihatinan Kerajaan Negeri Sembilan terhadap kenaikkan harga barang yang terus menerus menghimpit rakyat di negeri ini tanpa mengira latar belakang.

“Semoga inisiatif ini dapat meringankan beban yang dihadapi rakyat pada waktu ini,” kata Mohamad Rafie.

Maklumat program adalah seperti berikut:

Tarikh: 3 Februari 2023 (Jumaat)

Masa: 8:00 pagi hingga 10:00 pagi

Lokasi: Bersebelahan Padang Takraw, Kampung Sekolah Ampangan

Orang ramai dijemput hadir

Show More

Related Articles

Back to top button