Berita

Jualan Harga Ladang DUN Senaling dapat sambutan

SENALING: Jualan Harga Ladang DUN Senaling yang diadakan di Dewan Orang Ramai Felda Kepis telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.

Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif berkata, inisiatif yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri ini adalah bertujuan memberi golongan yang kurang berkemampuan untuk membeli barangan asas yang lebih murah berbanding harga pasaran.

“Antara barangan keperluan asas yang dijual adalah minyak masak, telur, sayur, ayam, daging dan sebagainya.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini daripada awal hingga akhir,” kata Mohd Razali.

Show More

Related Articles

Back to top button